Mendisplinkan diri
Terdapat beberapa
tujuan mematuhi peraturan di jalan raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan
diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila kita berada di jalan raya, kita
mestilah ingat bahawa terdapat undang undang keselamatan jalan raya. Kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi
papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja, malah untuk kebaikan dan keselesaan
kita sendiri.
Melancarkan trafik lalu lintas
Seterusnya, papan tanda jalan raya melancarkan laluan trafik
laluan lintas. Lazimnya papan tanda “dilarang melatakkan kendaraan” diletakkan
di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan. Jika jalan
tersebut dipenuhi dengan kenderaan, pastinya kesesakan yang berlaku akan
berlarutan. Pastinya keadaan ini akan menyusahkan pengguna yang lain.
Lebih lebih lagi jika terdapat ambulan yang membawa pesakit yang cedera parah
dan memerlukan rawatan segera, tersekat di jalan raya kesan daripada pengguna
yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.
Mengelak berlakunya kemalangan
Selain itu, tujuan mematuhi peraturan di jalan raya ialah
mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
Sering terpapar di media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media
cetak akan tragedi-tragedi yang menyayat hati yang kebanyakkannya
berpunca daripada pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab, tidak mematuhi
papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak kanak melintas
di hadapan. Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bresalah turut
terlibat.
Meningkatkan ekonomi negara
Di samping itu, kita dapat meningkatkan ekonomi Negara. Ini
menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Negara
sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat Negara kita. Pelancong
asing akan tertarik dengan keharmonian Malaysia. Apabila ramai pelancong yang
hadir, semakin banyaklah hotel-hotel dan kemudahan yang disediakan. Apabila
pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan, ia akan
mendatangkan keuntungan kepada Malaysia. Bukan sahaja Negara, ia dapat
mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. Hal ini kerana apabila semakin
banyak hotel-hotel yang dibuka, semakin ramai pekerja yang diperlukan.
🖕
ReplyDeleteim sorry about that....saya tertekan😔
DeleteTq bagi jawapan
ReplyDeleteoh
ReplyDelete