{ Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya di negara kita dengan mematuhi
peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan
telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi.
Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna
jalan raya itu sendiri. Menggunakan telefon
bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya.
Saturday, 7 June 2014
Tujuan mematuhi peraturan di jalan raya
Mendisplinkan diri
Terdapat beberapa
tujuan mematuhi peraturan di jalan raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan
diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila kita berada di jalan raya, kita
mestilah ingat bahawa terdapat undang undang keselamatan jalan raya. Kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi
papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja, malah untuk kebaikan dan keselesaan
kita sendiri.
Sunday, 1 June 2014
Utamakan Budaya Memandu Secara Berhemah
Assalamualaikum & salam 1Malaysia :)
Pada hari ini, saya akan membawa anda menerjah budaya - budaya segelintir masyarakat yang kurang menitikberatkan soal keselamatan jalan raya.
Subscribe to:
Posts (Atom)